followers

Dec 3, 2012

semester 4

assalamualaikum..

hari ni hari pertama untuk semester 4
roomate sama, rumah sama just perabot dapat lain
first time aku rasa kesunyian yang teramat sampai aku rasa nak terjun tingkap
housemates semua student berpangkat komander dan sorang pun aku tak kenal
roomate pergi dating esok baru balik, aku terkontang kanting sorang2 kat sini
dengan roomate pun bukan rapat sangat sebab selalu tak ada dalam bilik..baru kenal semester lepas
housemates semester lepas memang best ! korang lah housemates yang paling best !
tapi HEA jahat..dia pisahkan kita semua, tinggalkan aku dengan iryn jee..syaza, come here babe plezz :'(
syiqin dapat rumah tingkat 5, jauh pulak nak panjat tangga 
semester kali ni, aku dapat perabot (katil,almari n meja) di ruang tamu, tempat yang sangat terbuka dan aku sangat rimas !
tak ada privacy, orang boleh masuk suka-suka hati
each one of my housemates tak ada pun yang ok (buat masa ni lah)
semua dengan hal masing2
pass through depan aku pun buat tak tahu jee..macam aku ni invisible
"hoiiii i'm here ok!!"
tau la korang semua satu geng, komander lah segala bagai
time2 macam ni lah aku rasa nak balik yang teramat sangat walaupun belum 24hours aku kat kolej
well, rumah bukan jauh pun. 30minutes dah sampai
baru aku tahu ape erti sunyi yang sebenar. kalau korang in my shoes, apa korang nak buat ?
aku yang start tegur diaorang semua (housemates baru) tapi setakat tu jelah..
balik kelas, terus tutup pintu. sebelum ni aku pun buat, so ini jugak lah yang aku dapat balik.
mommy, can i just back home ? or can you just come here, sleep with me tonight ? pleaseeee :'(
demi ALLAH, aku rindu rumah, rindu mak ayah, rindu adik adik
lantak lah orang nak kata aku mengada ke hape ke. pergi mam !!



rumah tempat paling seronok dan selamat yang aku ada dan akan aku jaga elok elok